About Me

My photo
SeTIAp Org Blh B'ubh bl2 ms sje.... B'ubh utk diri kite...jgnlah kte b'ubh utk org lain yg xkan kekal dgn kte atau kte bkn mlk Die....just be yourself....

Friday, September 28, 2012

SWEET 23 ^ _ ^

 "BIG PAPA"
daddy i punye kek dibeli oleh my sister....
actually time nie birthday daddy (24/08) i tp i pun nk menyibuk (26/08) sekali...
i kan memang evrytime sambut ngan dia.....hehehe....

 nampak tak 3 budak yaang enyibuk nie...mmg penyibuk tol....
orang laen punye birthday pun nk tumpang sekaki....
berapa kali la nk sambut bday nie.....
my lovely big brother n my naughty nephew n niece...

 hehehe....potong kek sama2....
dengan ini aku dh sah b'umur 23 tahun....huhhu...dh tua dh....
my daddy pula 50 tahun....
duit EPF pun dh leh kluar 30% from the EPF account...
kaya la daddy i....
i nie xde ape2...huhuh


suap je la diri sendiri....
chef malam 2 is my mom....
mom i masak mmg sedap.....
*gmbr blur ckt....camera hp*

Thursday, May 31, 2012

Life Is A Gift From God.....Appreciate It Before It to Late
























Life is a gift from God....Don't regret what you had done & Never give up for trying...make it as an experience and this will make u become more stronger....

   Tuhan telah menganugerahkan kita dengan nyawa dan kehidupan. Sungguhpun kehidupan setiap manusia berlainan, namun hargailah kehidupan yang kita jalani sekarang kerana setiap perkara yang berlaku tidak akan berlaku sekali lagi. Setiap perkara berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya...

          Beringatlah bahawa kita hanya diberi peluang sekali seumur hidup untuk merasa kehidupan ini.Janganlah kita mengeluh jika kita datang dari keluarga yang miskin, makan pagi kais pagi,makan petang, kais petang, janganlah mengeluh bila kita didatangi dengan pelbagai masalah, janganlah mengeluh jika kita tidak sempurna seperti orang lean dari segi anggota badan dan sebagainya. Ambillah semua cabaran ini sebagai satu ujian yang amat besar dan kita perlu selesaikan sendiri kerana di mana ada kemahuan,di situ ada jalan....

     Kuatkan diri kita untuk meneruskan kehidupan ini kerana tidak ada manusia yang lahir di muka bumi ini terus mendapat kebahagiaan...Setiap kebahagiaan ini akan datang jika kita sentiasa gigih berusaha untuk mendapatkaannya...Kesabaran, kegigihan, kecekalan, berdoa, kepercayaan dan nbilai-nilai moral yang lain haruslah ditanam di dalam diri kita....Hanya nila-nilai ini yanga akan mendorong kita untuk menempuh segala cabaran yang mendatangi kita....Setiap massalah yang datang akan menjadikan kita kuat untuk menempuh pelbagai lagi cabaran yang mendatang. Hapuskan sikap lemah,sedih,mudah mengalah dalam diri kita.....

 


Wednesday, May 30, 2012

GAWAI-1 June every year




Hari gawai atau Keamatan disambut oleh orang-orang dayak or orang bukan muslim pada 1 Jun tiap-tiap tahun. Perayaan ini disambut adalah untuk mengucapkan terima kasih di atas kerahmatan or hasil tanaman padi (beras merah) yang telah dituai pada bulan April hinnga May. Perayaan ini juga diadakan untuk meminta berkat dari Tuhan supaya dimurahkan rezeki dari segi tanaman dan pekarjaan harian. Di samping itu, tujuan perayaan ini juga adalah untuk menghalau roh-roh jahat(evil spirit) yang mengganggu tidak kira dari segi apapun. Perayaan ini berlangsung di rumah panjang yang diketuai oleh ketua rumah panjang yang diberi gelaran 'Tuai'. 


Pelbagai aktiviti tang akan dilangsungkan seperti persembahan tarian tradisional, pertandingan ratu cantik dayak,penyembelihan ayam untuk sembahyang, paluan gong, permainan tradisional, makanan tradisional yang menggunakan buluh & masak menggunakan kayu api dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain...tidak lupa juga kepada pameran-pameran keselamatan (polis,bomba, JPA), jualan barangan tradisional, agensi-agensi ladang dan banyak lagi...

Biasanya aktiviti ini berlangsung selama seminggu or sebulan bergantung kepada kampung tersebut. bagi kampung saya, Kampung Apar, Singai yang terletak di Daerah Bau, kami menyambut perayaan ini selam sebulan kerana pertandingan menyanyi, persembahan ratu cantik (B'doyeh) akan diadakan pada hujung bulan Jun tiap-tiap tahun. Sepanjang Gawai Dayak, kami akan melakukan aktiviti - aktiviti menziarahi kampung-kampung jiran yang berada di rumah panjang tersebut.

Rumah panjang itu hanya akan dibuka semasa Gawai Dayak. Rumah ini terdiri daripada 10-14 buah bilik yang telah diagihkan mengikut nama kampung masing-masing. Antaranya ialah Kampung Segong, Apar, Daun, Bobak, Atas, Sinibong, dan lain.Kami akan dihidangkan dengan makanan kampung seperti "ayam pansuh', nasi merah, tempoyak durian, tempoyak ikan(tobah), lemang,dan sayur ubi kayu.Tidak lupa juga dengan minuman 'Tapai' atau tuak tapai(air tebu yang diperolehi daripada hasil pengisaran,masak dan penerapan selama sebulan atau lebih).Selain itu, peralatan seperti mangkuk, cawan dan sudu yang digunakan juga diperbuat daripada kayu  karana semua makanan dan minuman dan peralatan ini merupakan kehidupan orang Dayak pada zaman dahulu. Sesetengah kampung di rumah panjang akan diserikan lagi dengan tarian tradisional, nyanyian serta paluan gong...

Sambutan gawai ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan mengajar generasi-generasi muda sekarang supaya terus mengingati asal - usul mereka bak kata pepatah melayu: dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung atau biak mati anak, jangan mati adat.Ini kerana asal usul kita yang akan menerangkan siapa kita yang sebenarnya...






VENUE: Pullman Hotel, KuchingDate:19th May 2012Event: Dinner Talk BAFIN - Night of Elegance (Bling Bling)


Hr ni kami g Pullman Hotel...Program start pada pukul 7.00 malam. Seramai 60 orang yang pergi...Kami semua enjoy n Having fun...ramai juga la yang pulang dengan muka yang gembira...malam 2 biasa la rami yang nk jd artis...posing2....model...pakaian semua cantik2...xtau mne nak plh....kehkehkeh...saya confirm la biasa je...malas nk cantik....kehkehkeh (takde masa nk g bl baju...hehehehehe)
















Sunday, May 20, 2012

Be True to Yourself

Sebagai seorang manusia, kita harus jujur dengan diri kita.Janganlah menipu diri sendiri kerana sekali kita menipu, kita tidak akan berhenti daripada tabiat menipu mahupun kita menipu  untuk perkara yang serius atau bukan..Menipu hanya akan menambahkan masalah yang tidak ada penghujungnya yang akan membawa kepada penderitaan yang tidak akan putus....Kehidupan yang penuh penipuan akan membawa kepada kehidupan yang tidak akan tenang. Ini akan menjerumuskan kita sendiri untuk terus menipu semua orang yang kita kenali...

Dalam erti kata lain, menipu juga akan membuatkan kita resah serta sedih sepanjang masa. Menipu adalah satu dosa yang amat besar dan sukar untuk dimaafkan oleh orang terutamanya orang yang mempunyai pertalian darah atau orang yang kita paling sayang. Bahkan, kita akan susah untuk memohon kemaafan dari semua orang.Sekali kita menipu orang di sekeliling kita, kita tidak akan dipercayai lagi dan semua orang akan menjauhi kita jika kita terus menipu.


Sedarlah sekarang,jika kita ada menipu orang di sekeliling kita dan mintalah maaf sebelum terlambat. Jika terlambat, semuanya tiada guna......Jadilah seorang yang jujur kepada diri sendiri dan orang lain kerana orang yang jujur dengan hidupnya akan mengecapi kebahagian di dunia mahupun akhirat...







Sekian....

KIM-JAE-ARA-260108


Friday, May 18, 2012

TEARS.....







Tangisan memunjukkan perasaan kita sebagai seorang manusia yang sedar akan setiap perkara yang berlaku. Tangisan boleh menunjukkan keadaan kita pada masa tersebut. Sebagai seorang manusia, kita menangis untuk sesetengah perkara seperti sedih, gembira dan merindui seseorang yang kita sayang.Kita tidak akan dapat menghalang tangisan kita kerana kita merupakan seorang manusia yang lemah yang telah dicipta oleh-Nya....Sekuat mana pun kita, akhirnya kita akan menangis juga untuk sesuatu yang kita tidak duga terutamanya manusia yang bergelar wanita.....

Wanita merupakan insan yang lemah berbanding lelaki....Wanita mudah lemah dengan perkara-perkara percintaan, kelahiran anak, perkahwinana, perpisahan dan kematian....Kelemahan wanita ini merupakan senjata yang kuat kerana kekuatan seorang manusia terletak pada air mata mereka...Secara tidak langsung ini akan menyebabkan lelaki mudah kalah dengan wanita....Tangisan inilah juga yang membuatkan seseorang wanita semakin tabah dan kuat untuk menghadapi masalah-masalah yang bakal mendatang...

Sebagai seorang wanita kesedihan dalam diri akan berkurang selepas mereka menangis dan meluahkan masalah mereka kepada seseorang yang mereka sayangi dan amat disayangi....Wanita amat memerlukan seseorang yang mereka percayai dan sayangi ketika mereka di dalam keadaan begini......Dengan adanya orang yang mereka sayangi disisi mereka, kesedihan mereka dapat dikurangkan....

Wanita amat senang untuk menitiskan air mata kerana wanita seorang manusia yang tidak kuat untuk menyimpan masalah atau kegembiraan mereka....Dengan air mata sahaja mereka mampu untuk mengurangkan beban di hati mereka....

THE END





Thursday, May 17, 2012

Family Day BAFIN

Venue: Santubong Indah Enterprise
Date:5th & 6th May 2012

2 minggu yang lepas Persatuan Bafin telah mengadakan Family Day di Santubong Indah Enterprise di Snatubong & Pantai Puteri. Seramai 90 orang yang hadir untuk aktiviti ini. aktiviti kami berjalan selama 2 hari seperti yang telah dirancang. Kami bermalam untuk 1 hari di itu. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi memeriahkan lagi aktiviti ini.

Bagi perempuan, mereka ditempatkan di rumah penduduk kampung manakala pelajar lelaki pula di tempatkan di rumah penginapan mereka. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah maen futsal, tali panjang, istana pasir,treasure hunt, teka lukisan, musical chair dan aktiviti bebas...Puas kami maen...heheheee......Peserta je la....ajk smue tengok....hehehee....

Malam 5 hb Mie, kami ada buat BBQ @ memanggang....banyak kepak ayam kami yang tinggal pada malam itu...Saya nak makan tapi masa itu, saya gastrik...huhuuhuhu....Then,rehat jap....habie je aktiviti malam 2, terus balik...Saya tidak ada masa nak merasa masakan AJK-AJK BAFIN...tp mknanan yang mereka masak sedap je....hhahaaa

Tengok la aktiviti-aktiviti kami:heheheh...lucu2....