About Me

My photo
SeTIAp Org Blh B'ubh bl2 ms sje.... B'ubh utk diri kite...jgnlah kte b'ubh utk org lain yg xkan kekal dgn kte atau kte bkn mlk Die....just be yourself....

Friday, May 18, 2012

TEARS.....







Tangisan memunjukkan perasaan kita sebagai seorang manusia yang sedar akan setiap perkara yang berlaku. Tangisan boleh menunjukkan keadaan kita pada masa tersebut. Sebagai seorang manusia, kita menangis untuk sesetengah perkara seperti sedih, gembira dan merindui seseorang yang kita sayang.Kita tidak akan dapat menghalang tangisan kita kerana kita merupakan seorang manusia yang lemah yang telah dicipta oleh-Nya....Sekuat mana pun kita, akhirnya kita akan menangis juga untuk sesuatu yang kita tidak duga terutamanya manusia yang bergelar wanita.....

Wanita merupakan insan yang lemah berbanding lelaki....Wanita mudah lemah dengan perkara-perkara percintaan, kelahiran anak, perkahwinana, perpisahan dan kematian....Kelemahan wanita ini merupakan senjata yang kuat kerana kekuatan seorang manusia terletak pada air mata mereka...Secara tidak langsung ini akan menyebabkan lelaki mudah kalah dengan wanita....Tangisan inilah juga yang membuatkan seseorang wanita semakin tabah dan kuat untuk menghadapi masalah-masalah yang bakal mendatang...

Sebagai seorang wanita kesedihan dalam diri akan berkurang selepas mereka menangis dan meluahkan masalah mereka kepada seseorang yang mereka sayangi dan amat disayangi....Wanita amat memerlukan seseorang yang mereka percayai dan sayangi ketika mereka di dalam keadaan begini......Dengan adanya orang yang mereka sayangi disisi mereka, kesedihan mereka dapat dikurangkan....

Wanita amat senang untuk menitiskan air mata kerana wanita seorang manusia yang tidak kuat untuk menyimpan masalah atau kegembiraan mereka....Dengan air mata sahaja mereka mampu untuk mengurangkan beban di hati mereka....

THE END





No comments:

Post a Comment