About Me

My photo
SeTIAp Org Blh B'ubh bl2 ms sje.... B'ubh utk diri kite...jgnlah kte b'ubh utk org lain yg xkan kekal dgn kte atau kte bkn mlk Die....just be yourself....

Wednesday, May 30, 2012

GAWAI-1 June every year




Hari gawai atau Keamatan disambut oleh orang-orang dayak or orang bukan muslim pada 1 Jun tiap-tiap tahun. Perayaan ini disambut adalah untuk mengucapkan terima kasih di atas kerahmatan or hasil tanaman padi (beras merah) yang telah dituai pada bulan April hinnga May. Perayaan ini juga diadakan untuk meminta berkat dari Tuhan supaya dimurahkan rezeki dari segi tanaman dan pekarjaan harian. Di samping itu, tujuan perayaan ini juga adalah untuk menghalau roh-roh jahat(evil spirit) yang mengganggu tidak kira dari segi apapun. Perayaan ini berlangsung di rumah panjang yang diketuai oleh ketua rumah panjang yang diberi gelaran 'Tuai'. 


Pelbagai aktiviti tang akan dilangsungkan seperti persembahan tarian tradisional, pertandingan ratu cantik dayak,penyembelihan ayam untuk sembahyang, paluan gong, permainan tradisional, makanan tradisional yang menggunakan buluh & masak menggunakan kayu api dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain...tidak lupa juga kepada pameran-pameran keselamatan (polis,bomba, JPA), jualan barangan tradisional, agensi-agensi ladang dan banyak lagi...

Biasanya aktiviti ini berlangsung selama seminggu or sebulan bergantung kepada kampung tersebut. bagi kampung saya, Kampung Apar, Singai yang terletak di Daerah Bau, kami menyambut perayaan ini selam sebulan kerana pertandingan menyanyi, persembahan ratu cantik (B'doyeh) akan diadakan pada hujung bulan Jun tiap-tiap tahun. Sepanjang Gawai Dayak, kami akan melakukan aktiviti - aktiviti menziarahi kampung-kampung jiran yang berada di rumah panjang tersebut.

Rumah panjang itu hanya akan dibuka semasa Gawai Dayak. Rumah ini terdiri daripada 10-14 buah bilik yang telah diagihkan mengikut nama kampung masing-masing. Antaranya ialah Kampung Segong, Apar, Daun, Bobak, Atas, Sinibong, dan lain.Kami akan dihidangkan dengan makanan kampung seperti "ayam pansuh', nasi merah, tempoyak durian, tempoyak ikan(tobah), lemang,dan sayur ubi kayu.Tidak lupa juga dengan minuman 'Tapai' atau tuak tapai(air tebu yang diperolehi daripada hasil pengisaran,masak dan penerapan selama sebulan atau lebih).Selain itu, peralatan seperti mangkuk, cawan dan sudu yang digunakan juga diperbuat daripada kayu  karana semua makanan dan minuman dan peralatan ini merupakan kehidupan orang Dayak pada zaman dahulu. Sesetengah kampung di rumah panjang akan diserikan lagi dengan tarian tradisional, nyanyian serta paluan gong...

Sambutan gawai ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan mengajar generasi-generasi muda sekarang supaya terus mengingati asal - usul mereka bak kata pepatah melayu: dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung atau biak mati anak, jangan mati adat.Ini kerana asal usul kita yang akan menerangkan siapa kita yang sebenarnya...


No comments:

Post a Comment