About Me

My photo
SeTIAp Org Blh B'ubh bl2 ms sje.... B'ubh utk diri kite...jgnlah kte b'ubh utk org lain yg xkan kekal dgn kte atau kte bkn mlk Die....just be yourself....

Sunday, May 20, 2012

Be True to Yourself

Sebagai seorang manusia, kita harus jujur dengan diri kita.Janganlah menipu diri sendiri kerana sekali kita menipu, kita tidak akan berhenti daripada tabiat menipu mahupun kita menipu  untuk perkara yang serius atau bukan..Menipu hanya akan menambahkan masalah yang tidak ada penghujungnya yang akan membawa kepada penderitaan yang tidak akan putus....Kehidupan yang penuh penipuan akan membawa kepada kehidupan yang tidak akan tenang. Ini akan menjerumuskan kita sendiri untuk terus menipu semua orang yang kita kenali...

Dalam erti kata lain, menipu juga akan membuatkan kita resah serta sedih sepanjang masa. Menipu adalah satu dosa yang amat besar dan sukar untuk dimaafkan oleh orang terutamanya orang yang mempunyai pertalian darah atau orang yang kita paling sayang. Bahkan, kita akan susah untuk memohon kemaafan dari semua orang.Sekali kita menipu orang di sekeliling kita, kita tidak akan dipercayai lagi dan semua orang akan menjauhi kita jika kita terus menipu.


Sedarlah sekarang,jika kita ada menipu orang di sekeliling kita dan mintalah maaf sebelum terlambat. Jika terlambat, semuanya tiada guna......Jadilah seorang yang jujur kepada diri sendiri dan orang lain kerana orang yang jujur dengan hidupnya akan mengecapi kebahagian di dunia mahupun akhirat...







Sekian....

KIM-JAE-ARA-260108


No comments:

Post a Comment